fbpx

Ahli Parlimen diminta bersatu dalam isu Kesultanan Sulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli parlimen daripada kerajaan dan pembangkang diseru bersatu dalam isu melibatkan tuntutan pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Ahli Parlimen perlu bersatu kerana isu itu melibatkan soal kedaulatan negara.

Menurut beliau, Ahli Parlimen Malaysia sebuah negara berdaulat perlu kelihatan bersama dari sekarang sehingga keputusan mahkamah Perancis.

“Kita tunjukkan kepada orang di luar jangan memperkotak-katikkan kita. Siapa kamu nak jajah kami di timbang tara komersial,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Azalina berkata, semua aset negara yang bersifat terdedah berisiko menjadi sasaran termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan Malaysia Airlines.

Menurut beliau, strategi kumpulan itu menyasarkan aset komersial hanya semata-mata untuk mendapatkan wang.

“Mereka ini guna ‘forum shopping’ (platform timbang tara komersial antarabangsa) sebab mereka rasa aset Malaysia mereka boleh kacau.

“Saya bagi contoh sahaja bukan ada kes, macam-macam boleh jadi sasaran,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI