fbpx

Gerai Menu Rahmah dijangka meningkat dua kali ganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin beramah mesra bersama pengunjung di RNR Dengkil selepas merasmikan Menu Rahmah di situ tadi. FOTO FAISOL MUSTAPA

SEPANG – Jumlah premis yang menawarkan Menu Rahmah dijangka meningkat dua kali ganda pada masa depan apabila ia disokong penyertaan syarikat perniagaan francais makanan dan minuman.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, berdasarkan data semasa, lebih 700 premis dan restoran menawarkan menu berkenaan di seluruh negara.

“Jumlah Menu Rahmah ini akan terus meningkat dengan penyertaan Kentucky Fried Chicken (KFC) dan McDonald’s pada bulan depan.

“Jumlah itu tidak termasuk syarikat-syarikat francais seperti Marry Brown, Burger King,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Menu Rahmah di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Dengkil, Lebuhraya ELITE (arah Selatan), di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI