fbpx

EPL: Sejarah hebat buat Liverpool tertekan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL sekadar meraih satu mata ketika berdepan Palace awal pagi semalam selepas terikat tanpa jaringan. – AFP

LONDON – Pengendali Liver­pool, Jurgen Klopp percaya pasukannya tidak layak untuk dianggap berdepan kesengsaraan hanya kerana sejarah hebat mereka sebelum ini ketika berdepan musim yang sukar ketika ini.

The Reds terikat tanpa jari­ngan menentang Crystal Palace awal pagi semalam sekali gus menyaksikan mereka berada di kedudukan ketujuh Liga Perdana Inggeris (EPL).

Liverpool sebelum ini berjaya meraih gelaran Liga Juara-Juara dan menamatkan pe­nantian 30 tahun memenangi trofi EPL, namun Klopp meng­anggap mereka perlu melupakan semua sejarah hebat berkenaan dan memberikan fokus memburu slot ke pentas Eropah musim depan.

“Kami akan teruskan perjuangan ini. Saya melihat pemain, kami seolah-olah kalah pada perlawanan ini, sedangkan itu tidak berlaku, tetapi ia seperti itu. Kami tidak boleh menanggung derita ini kerana sejarah hebat kami sendiri.

“Saingan EPL bukanlah se­perti anda membuka ‘buku sejarah’ kemudian membuatkan perbandingan setiap masa. Ia tidak perlu dianggap sebagai sebuah ‘filem’ yang hebat apabila perkara yang biasa (kemenangan) tidak berlaku, tetapi kami perlu terus menghadapi­nya.

“Anda tidak akan boleh selalu mengatakan ‘kami menang dan itu hebat, kemudian kami hilang mata dan semua itu sampah’. Kami akan perlu terus berusaha dan itu yang kami akan lakukannya.

“Tidak banyak perubahan yang berlaku pada aksi kali ini. Kami tidak memenangi perlawanan dan ia suatu yang negatif, tetapi kami masih meraih mata berbanding sebelum ini. Ia boleh memberikan suatu yang positif, namun akhirnya anda yang akan memilihnya,” jelas Klopp.

Liverpool akan berdepan Wolves dan Manchester United di Anfield selepas ini sebelum menentang Bournemouth di tempat lawan dan membuat perhitungan dengan Real Mad­rid pada aksi kedua pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI