fbpx

KWSP: Masih wajar dibenarkan, bantu isi rumah hadapi krisis kewangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkefly (empat kiri depan) semasa program penanaman pokok tersebut

KUALA SELANGOR – Kerajaan masih wajar mempertimbangkan kebenaran pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar dengan syarat sangat ketat.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata, pengeluaran adalah kepada isi rumah yang benar-benar memerlukan dan berdepan krisis kewangan meskipun daripada golongan M40.

“Kalau benar-benar ketua isi rumah memerlukan dan ada simpanan adalah wajar kerana itu duit mereka. Pada masa saat mereka memerlukan, kita (perlu) izinkan.

“Namun perlu secara bersasar dengan syarat sangat ketat. Tetapi saya tahu bukan cara ini akan menyelesaikan masalah itu kerana kerajaan perlu mengambil langkah yang lebih mampan dan ke depan dari sudut kaji, saving, peluang untuk tidak hanya mengorbankan simpanan.

“Saya rasa perlu ada ihsan dan belasnya rahmah kerajaan Madani untuk mengizinkan ini dan tidak boleh jadikannya satu yang bersifat cross the board (yang melampui batas),” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan program penanaman pokok hijau lestari di Forest Park, Bandar Hill Park, Puncak Alam di sini, hari ini yang turut dihadiri Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Rahilah Rahmat.

Dzulkefly menjelaskan ramai yang bertemu dengannya berharap simpati terhadap pengeluaran tersebut bagi meringankan beban mereka.

“Saya tidak menyokong apa pun langkah untuk mengorbankan simpanan usia tua. Saya juga yakin mereka (pencarum) tidak mahu korbankan wang simpanan mereka.

“Kalau itu menyelamatkan atau lebih dari itu adalah penting bagi mereka sebagai mengatasi masalah krisis Kewangan mereka semasa,” katanya.

Dalam pembentangan Belanjawan 2023 Malaysia Madani semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
mengumumkan tambahan caruman simpanan KWSP Akaun 1 kepada ahli yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan kurang RM10,000.

Program itu akan memberi manfaat kepada hampir dua juta ahli KWSP melibatkan peruntukan hampir RM1 bilion.

Ia berbeza dengan harapan kebanyakan rakyat negara ini supaya pengeluaran khas KWSP dibenarkan lagi kerajaan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI