fbpx

Saintis ramal gempa bumi kuat landa Himalaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk berjalan di hadapan sisa bangunan yang runtuh selepas tragedi gempa bumi kuat melanda Nepal pada 2015 di Chautara. - AFP

NEW DELHI – Satu gempa bumi kuat yang berpotensi menyebabkan kemusnahan di rantau Himalaya diramal berlaku dalam masa terdekat, demikian menurut seorang saintis daripada Institut Penyelidikan Geofizik Negara (NGRI) di India seperti dilaporkan laman berita Wion News.

Ketua saintis institut tersebut, Dr. N Purnachandra Rao berkata, plat India berubah kira-kira lima sentimeter pada setiap tahun, yang menyebabkan ketegangan meningkat di sepanjang Himalaya.

Dalam masa sama, permukaan Bumi terdiri daripada banyak plat yang sentiasa bergerak.

“Kami mempunyai rangkaian kukuh 18 stesen seismograf di Uttarakhand. 

“Wilayah yang dimaksudkan itu (risiko gempa bumi) merupakan jurang seismik antara Himachal dan bahagian barat Nepal termasuk Uttarakhand, dan ia terdedah kepada gempa bumi yang mungkin berlaku pada bila-bila masa,” tambah Purnachandra.

Tambah beliau, gempa bumi itu berisiko mempunyai kekuatan sehingga 8 pada skala Richter.

“Kita tidak boleh menghentikan gempa bumi tetapi kita boleh mengelakkan kerugian dan kemusnahan.

“Terdapat garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan India untuk pembinaan bangunan di kawasan yang sering dilanda gempa bumi. Justeru, orang ramai harus mengikuti garis panduan tersebut,” ujar beliau. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI