fbpx

Remaja ditikam beberapa jam sebelum konsert K-pop berlangsung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Insiden itu berlaku hanya beberapa jam sebelum ATEEZ mengadakan konsert mereka di London. - Dazed

LONDON – Seorang remaja ditikam di Arena 02, London beberapa jam sebelum konsert K-pop yang menampilkan kumpulan ATEEZ berlangsung, lapor laman berita The Sun semalam.

Remaja itu ditemui dengan kecederaan akibat ditikam sebelum dihantar ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Dalam masa sama, tiga lelaki lain ditangkap polis.

Ketiga-tiga suspek ditahan kerana disyaki menyebabkan kecederaan pada tubuh badan orang lain. 

Konsert tersebut bagaimanapun tetap diteruskan mengikut jadual manakala kedai-kedai, bar-bar dan restoran-restoran yang terletak berdekatan dengan Arena 02 dibuka seperti biasa.

Peminat dan pengunjung bagaimanapun diminta lebih berwaspada apabila memasuki lokasi persembahan konsert itu.

Seorang jurucakap Arena 02 berkata: “Pada watu tengah hari (semalam) terdapat pertengkaran antara sekumpulan individu yang menyebabkan seorang daripada mereka terpaksa mendapatkan rawatan perubatan.” – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI