fbpx

Sultan Selangor pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-261

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika di Istana Negara hari ini.

PETALING JAYA – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-261 di Istana Negara hari ini.

Sebelum mempengerusikan mesyuarat yang bermula kira-kira pukul 10.45 pagi itu, Sultan Sharafuddin turut berkenan memberi tabik hormat ke atas Kawalan Kehormatan Utama (KKU) yang dibarisi tiga pegawai dan 103 anggota tentera terdiri daripada pelbagai pangkat daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja di Dataran Utama.

Sultan Sharafuddin kemudian berkenaan menanam Pokok Sepang di pekarangan Istana Negara sambil disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai simbolik baginda mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ini.

KKU dan Majlis Penanaman Pokok tersebut ialah cetusan idea Al-Sultan Abdullah dan tidak pernah diadakan sebelum pelantikan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16

Turut berangkat ke mesyuarat ke-261 yang berlangsung dua hari bermula hari ini ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, Tuanku Muhriz dan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Selain itu, Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah, Perlis diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Kelantan diwakili Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra.

Mesyuarat turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Sarawak diwakili Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar.

Pada mesyuarat berkenaan, Raja-Raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri diiringi Ketua-Ketua Menteri sementara Speaker DUN Sarawak diiringi Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI