fbpx
Kishen menunjukkan sebahagian daripada 16 jenis robot perkhidmatan yang diusahakan atau dibekalkan Robopreneur yang berpangkalan di Cyberjaya untuk kegunaan sektor perkhidmatan dalam pelbagai bidang seperti penghantaran makanan, pembersihan, penjagaan kesihatan digital, pendidikan dan perhotelan.

Robot ganti tenaga buruh, atasi masalah kurang pekerja di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KETIKA sedang menunggu makanan di sebuah restoran, penulis terpegun melihat sebuah objek datang menghampiri.

Objek itu kemudian berhenti di sebelah, kemudian memberitahu bahawa makanan yang dipesan sudah tersedia dan boleh diambil di atas dulang pada badannya.

Setelah makanan diambil, objek itu meminta supaya menekan butang terima di skrin kemudian mengucapkan terima kasih lalu berpusing dan menghala ke bahagian dapur.

Itu adalah pengalaman pertama bertemu dan berinteraksi dengan robot perkhidmatan yang kini kian rancak digunakan untuk menghantar makanan terutama di restoran sekitar Lembah Klang.

Jika sebelum ini, penggunaan robot dalam melakukan tugas-tugas manusia hanya dipapar dalam filem-filem Barat, kini ia sudah menjadi realiti bukan saja dalam sektor pembuatan tetapi juga kerja buruh.

Secara amnya, robot yang merupakan mesin automatik diprogramkan untuk bergerak dan melakukan sesetengah kerja bagaikan seorang manusia adalah salah satu alternatif bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja.

Kewujudan robot-robot perkhidmatan di Malaysia secara amnya dibawa masuk oleh beberapa syarikat termasuk syarikat perintis dan peneraju pasaran dalam teknologi serta penyelesaian robotik perkhidmatan, Robopreneur Sdn. Bhd.

Robopreneur merupakan syarikat robotik pemenang anugerah yang menyediakan produk dan penyelesaian robotik perkhidmatan untuk kegunaan profesional dan domestik.

Ditubuhkan pada tahun 2015 dan berpangkalan di Cyberjaya, Robopreneur bermula dengan membangunkan aplikasi robot humanoid untuk kanak-kanak autisme. Kini, syarikat itu berkembang sebagai peneraju dalam perniagaan robot atau robotik perkhidmatan di Malaysia.

Seorang jurutera Robopreneur menunjukkan demonstrasi tangan robotik yang boleh dipasang pada kerusi roda bermotor.

Sehingga kini, tiga syarikat kedai makan terkemuka, dua hospital dan tiga universiti telah menggunakan robot mereka. Ia juga digunakan di tempat tarikan seperti Pusat Sains Negara.

Menurut Pengasasnya, Dr. Hanafiah Yussof, fungsi robot perkhidmatan secara amnya merupakan solusi kepada masalah kekurangan tenaga kerja buruh.

Jelasnya, kekurangan tenaga kerja menjadi semakin kritikal ketika era pandemik Covid-19 yang mana kebanyakan bidang perkhidmatan berdepan masalah tenaga kerja.

“Penggunaan robot dalam industri perkhidmatan bukanlah bermaksud menggantikan tugas-tugas yang dilakukan oleh manusia 100 peratus, tetapi memenuhi keperluan sektor perkhidmatan untuk bidang kerja asas.

“Sebagai contoh, sebuah robot boleh menggantikan kerja pelayan untuk menghantar makanan di meja makan atau menyambut tetamu yang tiba ke hotel dan sekali gus menyediakan kemudahan daftar masuk menerusi tabRoboprenuer yang berpangkalan di Cyberjaya membekalkan robot-robot perkhidmatan antaranya yang digunakan sebagai penghantar makanan di restoran yang ada pada badan mereka,” katanya yang berada di Jepun kepada K2 menerusi sidang video baru-baru ini.

Tambahnya yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Robopreneur, meskipun modus operandi robot sebagai pengganti tenaga kerja masih baharu, ia kini sudah mula dipraktikkan oleh beberapa syarikat dan juga pihak persendirian dalam operasi harian.

Sebagai syarikat peneraju dalam industri robotik perkhidmatan, Robopreneur bukan menyediakan robot semata-mata tetapi turut memberi solusi khidmat penyelidikan dan pembangunan menggunakan robotik, automasi dan AI bagi transformasi digital perniagaan komersial dan perusahaan sosial.

Kongsi Hanafiah, dalam industri robot perkhidmatan, menyediakan robot sahaja tidak memberi impak perubahan kepada solusi yang diperlukan tetapi pembangunan perisian serta aplikasi pada robot berkenaan adalah keperluan utama bagi menjadikan ia lebih efektif.

ROBOT perkhidmatan kini turut digunakan di wad hospital.

Dari segi kos pula, tidak dinafikan bahawa memulakan budaya robot sebagai pekerja melibatkan modal yang sedikit tinggi tetapi kosnya akan lebih efisien untuk jangka masa yang panjang.

“Robot sebagai pekerja belum menjadi budaya dalam sektor perkhidmatan di Malaysia. Namun, kita sudah menuju ke arah itu yang mana diusahakan melalui misi Robopreneur sendiri yang membawa solusi robotik dalam pelbagai sudut.

“Idea ini tidak akan terhasil dengan membawa robot (produk) semata-mata tetapi peyelidikan dan pembangunan dari segi perisian juga memberikan kemungkinan kepada era robot dalam sektor perkhidmatan yang mana sekali gus memenuhi keperluan setiap syarikat yang berbeza,” ujarnya.

Tambahnya lagi, dari segi kos, robot di Malaysia agak tinggi yang mana boleh mencecah ribuan hingga puluhan ribu.

Bagaimanapun, dengan beberapa opsyen seperti pembelian melalui pinjaman, pajakan dan sewaan, syarikat dengan kemampuan kewangan boleh menggunakan robot sebagai sebahagian tenaga kerja.

Robopreneur kini mempunyai 16 produk robotik dengan dua daripadanya adalah rekaan tempatan hasil usaha jurutera syarikat itu.

Menurut Ketua Penyelidikan dan Pembangunan serta Aplikasi di Robopreneur, Kisheen Rao, kesemua 16 robot perkhidmatan itu melibatkan fungsi untuk solusi antaranya penghantaran makanan, pembersihan, penjagaan kesihatan digital, pendidikan, perhotelan dan banyak lagi.

“Kita ada robot Delibot yang kini sudah banyak digunakan oleh restoran untuk menghantar makanan, Kleenbot Snail iaitu robot pembersihan, Smart Temi Enurse robot dengan peralatan perubatan untuk membantu pemeriksaan kesihatan serta Temi yang boleh menjadi pembantu peribadi dalam pelbagai sektor.

“Selain itu, Robopreneur juga mempunyai dua produk buatan sendiri iaitu tangan robotik untuk kegunaan kerusi roda dan juga Rookie yang merupakan pek permulaan alat bantu mengajar untuk mereka robot oleh pelajar-pelajar robotik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN