fbpx

Richiamo Coffee dianugerahkan Brand of The Year 2022 – WorldMuslimPrenuer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zamry menerima anugerah Brand of The Year 2022 daripada Tun Mohd. Ali di ibu negara, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Richiamo Coffee Sdn. Bhd., pemilik rangkaian Richiamo Coffee di seluruh negara menerima pengiktirafan sebagai Brand of The Year 2022 – WorldMuslimPreneuer dalam majlis penyampaian anugerah yang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara baru-baru ini.

Anugerah berkenaan disampaikan oleh Yang DiPertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rostam.

Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo Coffee Sdn. Bhd., Muhamad Zamry Abu Samah berkata, ia merupakan anugerah tertinggi yang diberikan kepada Richiamo Coffee sejak mula beroperasi pada tahun 2015.

“Sesungguhnya anugerah ini amat bermakna kepada seluruh keluarga Richiamo Coffee di seluruh negara yang kini mencecah hampir 140 cawangan, selain satu cawangan tunggal di Siem Reap, Kemboja,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, penganjur anugerah tersebut, WorldMuslimPreneuer berkata, anugerah berkenaan adalah untuk terus meraikan pencapaian usahawan dan jenama di dunia perniagaan Muslim, selain menyediakan platform untuk mewujudkan rangkaian peringkat tinggi dan liputan media. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI