fbpx

Penduduk India, Pakistan, Peru, China berdepan banjir besar akibat pencairan glasier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tasik glasier mungkin akan mencair secara tiba-tiba sehingga menyebabkan banjir berlaku di empat buah negara di dunia. - Foto AFP

NEW DELHI – Kira-kira 15 juta orang di seluruh dunia berdepan risiko banjir secara tiba-tiba dan mampu membunuh dari tasik-tasik glasier yang semakin mencair, lapor akhbar The Indian Express semalam.

Menurut satu kajian terbaharu, bilangannya semakin meningkat akibat pemanasan global dan lebih separuh daripada penduduk yang mungkin terjejas tinggal di empat negara iaitu India, Pakistan, Peru dan China.

Diterbitkan dalam jurnal Nature, kajian berjudul ‘Glacial Lake Outburst Floods Threaten Millions Globally’ telah dijalankan oleh Caroline Taylor, Rachel Carr dan Stuart Dunning dari Universiti Newcastle, Tom Robinson dari Universiti Canterbury dan Matthew Westoby dari Universiti Northumbria.

Tasik glasier terhasil daripada glasier yang mencair dan ia boleh menyebabkan banjir di kawasan hilir. 

Ia dikenali sebagai banjir ledakan tasik glasier atau GLOF. Walaupun GLOF telah berlaku sejak zaman ais, risiko telah meningkat berlipat kali ganda akibat perubahan iklim, kata penyelidik-penyelidik kajian itu.

GLOF boleh menjadi bencana kerana kebanyakannya tiba dengan sedikit amaran dan mengakibatkan kemusnahan besar-besaran harta benda, infrastruktur dan tanah pertanian. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI