fbpx

Filosofi Cheng Hoe taruhan Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
selangor dilihat semakin selesa menerima sentuhan Cheng Hoe selepas mara ke pentas final Piala Malaysia musim lalu dan bersedia memburu lebih banyak kejayaan musim ini. – FB SELANGOR FC

PASUKAN Selangor FC dilihat kekal tenang dalam melakukan revolusi musim ini meskipun agak tertekan dengan desakan penyokong setia yang sudah lama dahagakan kejayaan di pering­kat domestik.

Di atas kertas, skuad Gergasi Merah boleh dikatakan antara pilihan utama untuk menjulang kejuaraan Liga Super yang akan membuka tirai rasmi pada Jumaat ini bersama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Sudah pasti semua boleh melihat transformasi yang cuba dilakukan oleh pihak pengurusan Selangor selepas berjaya melantik bekas pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe selaku ketua jurulatih sejak September lepas.

Fasa perubahan dari DNA Jerman ke falsafah bola sepak mo­den ‘ala’ tempatan yang diterapkan Cheng Hoe dilihat semakin menjadi selepas mereka berjaya layak ke pentas final Piala Malaysia musim lalu.

Namun, kali ini sudah pasti peminat mendambakan lebih lagi untuk pasukan kesayangan mereka terutama selepas pihak pengurusan berbelanja besar pada musim ini.

Skuad Merah Kuning telah menandatangani beberapa pemain berstatus bintang skuad kebangsaan seperti V. Ruventhiran, Ahmad Khuzaimi Piee dan Faisal Halim.

Selain itu, pasukan juga telah dikuatkan dengan kehadiran empat pemain import baharu menerusi penyerang kelahiran Colombia, Ayron Del Valle, Noor Al-Rawabdeh (Jordan), Yohandry Orozco (Venezuela) dan Rauf Salifu (Ghana).

Secara realistik, mungkin agak sukar buat Selangor menamatkan kemarau trofi Liga Super yang kali terakhir dimenangi pada edisi 2010, namun tiada apa yang mustahil sekiranya mereka ‘kebal’ di laman sendiri selain berjaya mencuri mata berharga di tempat lawan musim ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI