fbpx

Buku lali Neymar cedera lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEYMAR mengalami kecederaan apabila buku lali kaki kanannya terseliuh akibat pelanggaran ketika menentang Lille baru-baru ini. – AFP

PARIS – Bintang sensasi Paris Saint-Germain, Neymar terus ditimpa malang apabila sekali lagi berdepan masalah kecede­raan buku lali ketika aksi Ligue 1 Perancis menentang Lille kelmarin.

Pemain antarabangsa Brazil itu berjaya meledak gol kedua ketika meraih kemenangan 4-3 pada perlawanan berkenaan terpaksa diusung keluar mening­galkan padang selepas pelanggarannya bersama pemain Lille, Benjamin Andre.

Beberapa jam kemudiannya, Neymar menerusi laman sosial Intagram memuat naik seke­ping gambar kaki kanannya yang berbalut simen dengan kapsyen ‘lagi dan lagi’ bersama emoji menangis.

“Neymar berdepan kecede­raan buku lali yang terseliuh ketika aksi menentang Lille dan dia akan menjalani ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI).

“Pihak kelab difahamkan dia tidak berdepan sebarang masalah keretakan berdasarkan laporan awal. Pasukan perubahan akan membuat satu lagi penilaian terhadap ligamen Neymar dalam tempoh 48 jam,” menurut kenyataan yang dikeluar­kan oleh PSG.

Kelab gergasi Perancis itu juga tidak memberikan maklumat terperinci mengenai tempoh masa untuk Neymar menjalani proses pemulihan tersebut.

Bagaimanapun, laporan akhbar di Paris mendedahkan bahawa PSG berharap Neymar mampu pulih dalam tempoh tiga minggu sebelum mereka akan turun menentang Bayern Munich pada aksi kedua pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara pada 9 Mac nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI