fbpx

Lima termasuk sepasang kekasih bebas tuduhan bunuh lelaki bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Shah Alam

SHAH ALAM – Lima termasuk sepasang kekasih dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga Bangladesh, lima tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kesemua tertuduh iaitu Intan Farah Nur Ain Muhamad Zawawi dan kekasihnya, Ahmad Najmi Naim Ahmad Jeffrey serta Muhammad Safuan Mat Saad yang masing-masing berusia 26 tahun.

Selain itu, adalah Amirul Aiman Azman dan Muhammad Khairil Shahannaz Mohd. Rizal yang berusia 25.

Nurulhuda dalam penghakimannya memaklumkan mahkamah ini mendapati bahawa kesemua saksi yang dipanggil tidak dapat mengecam secara konklusif bahawa tertuduh-tertuduh yang melakukan kecederaan kepada si mati semasa kejadian.

“Adalah tidak selamat untuk bergantung kepada keterangan pengecaman yang dikemukakan.

“Mahkamah juga mendapati bahawa kegagalan untuk memanggil seorang saksi material dalam kes ini juga telah menimbulkan suatu kelompangan dalam kes pihak pendakwaan. Justeru, kesemua tertuduh dilepaskan dan dibebaskan,” jelasnya.

Sejurus ketupusan dibuat, ahli keluarga kesemua tertuduh didapati menangis dan sujud syukur.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh dalam mencapai niat bersama telah membunuh seorang lelaki wargan Bangladesh bernama Jamal di flat Mentari Court, Bandar Sunway dekat sini antara pukul 6 hingga 7 pagi pada 3 Disember 2018.

Sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dengan seksyen 34 Kanun yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shahrul Ekhsan Hashim mengemukakan 16 saksi sejak perbicaraan bermula 29 September 2021.

Kesemua tertuduh diwakili Peguam Shah Rizal Abdul Manan,Nik Muammer Hurrie Sukri, Khairul Naim Rafidi, Sangeet Kaur Deo, Harshaan Zamani dan M.Pravin serta Ainur Azalia Ayoub. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI