fbpx

JBPM Negeri Sembilan bina, naik taraf dua balai bomba tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamdan menyampaikan sijil Pengiktirafan MS IS07001:2016 Anti Bribery Management System kepada ketua zon pada Majlis Perbarisan Tahunan JBPM Negeri Sembilan di Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, hari ini.- Foto oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI / KOSMO!

SEREMBAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sembilan akan membina sebuah balai bomba baharu dan menaik taraf sebuah lagi balai bomba yang dijangka pada tahun hadapan.

Pengarahnya, Hamdan Ali berkata, balai bomba baharu iaitu adalah Balai Bomba Johol manakala yang dinaik taraf adalah Balai Bomba Kuala Pilah.

“Pembinaannya akan mempercepatkan lagi masa respon bomba untuk kes-kes kecemasan dan penyelamatan. Sehingga kini, terdapat 20 buah balai bomba di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perbarisan Tahunan JBPM Negeri Sembilan (JPBM) Negeri Sembilan di Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Jalan Zaaba di sini hari ini.

Pada majlis berkenaan, beliau melancarkan pengoperasian semula Balai Bomba dan Penyelamat Seremban yang sudah siap dinaik taraf dengan jumlah keseluruhan RM6.125 juta.

Beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada pihak media, rakan strategik serta menyempurnakan penyerahan sumbangan kebajikan kepada keluarga anggota serta penyerahan sijil perakuan bomba. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI