fbpx

Dewan Rakyat: Ismail Sabri cadang TH kaji tempoh haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan Lembaga Tabung Haji (TH) mengkaji semula tempoh menunaikan haji ekoran peningkatan kos mengerjakan ibadah itu ketika ini.

Jelas Ahli Parlimen Bera itu, empat pakej tempoh masa menunaikan ibadah haji boleh diperkenalkan iaitu 14, 21, 30 dan 40 hari.

“Langkah tersebut bukan sahaja menjimatkan kos, tetapi dapat menarik minat lebih ramai untuk menunaikan Rukun Islam kelima ini.

“Ia kerana tempoh masa (lebih) singkat dan mungkin ada di antara kita yang terikat dengan kerja dan perniagaan,” katanya ketika membahaskan Usul Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Tambah beliau lagi, TH turut menganggarkan berlaku peningkatan kos haji daripada RM25,540 tahun lalu kepada RM31,870 pada tahun ini.

Kata beliau, antara faktor utama kenaikan kos haji adalah inflasi berikutan impak ekonomi global (seperti perang Russia-Ukraine), kenaikan harga minyak, isu logistik pasca Covid-19, percukaian dan banyak lagi.

“Dengan mengandaikan pengekalan aturan bayaran haji 2022 untuk tahun ini iaitu RM10,980 bagi kumpulan B40 dan RM12,980 bagi kumpulan M40, tanggungan TH bakal meningkat masing-masing kepada RM20,890 dan RM18,720.

“TH terpaksa menanggung subsidi yang tinggi,” tambah beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI