fbpx

Tak lari lepas langgar kereta, Fasha Sandha cari rider Grab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FASHA masih menanti respons daripada pemuda yang bekerja sebagai penunggang GrabFood untuk memberi hadiah istimewa kepadanya.

PETALING JAYA – Pelakon Fasha Sandha meminta bantuan peminatnya mencari seorang penghantar makanan GrabFood selepas tersentuh melihat peribadi baik pemuda itu ketika terlibat dalam sebuah kemalangan.

Dalam sebuah video yang dikongsi semula menerusi Instagram miliknya semalam, Fasha, 39, memuji pekerti mulia pemuda itu yang tidak melarikan diri selepas melanggar sebuah kereta.

“Pujian harus diberikan pada adik Grab yang tak lari selepas melanggar. Ada sesetengah rider yang langgar lari. Langgar cermin sisi kereta lepas itu pecut lari risau kena bayar.

“Kadang-kadang kita bukan nak suruh bayar pun, minta maaf pun sudah memadai,” tulisnya.

Memuji sikap baik pemuda itu, Fasha meluahkan niat mahu memberikan hadiah kerana tersentuh melihat kegigihannya bekerja keras mencari pendapatan pada usia 19 tahun.

“Kepada adik ini, nombor plat motosikal VFX 8379 sila hubungi kakak. Kakak ada hadiah nak bagi awak. Memandangkan awak baru 19 tahun dan rajin bekerja untuk keluarga.

“Adik ini harus dijadikan contoh yang baik buat semua penunggang motosikal, termasuk adik saya, Ikmal Daniel. Jika terlanggar, sila berhenti dengan baik okey?” katanya lagi.

Pada masa sama, ibu kepada tiga cahaya mata itu turut memuji pemilik kereta yang dilanggar pemuda berkenaan kerana tidak meminta walau sesen pun bayaran bagi membaiki kenderaannya.

Dalam video dikongsikan Fasha, pemilik kereta itu yang juga seorang TikToker @onsir11 bertanya kepada pemuda berkenaan mengapa dia tidak melarikan diri selepas melanggar kenderaan jenis Vellfire miliknya.

“Saya buat salah, takkan saya nak lari,” jawab pemuda itu yang beberapa kali meminta maaf.

Selepas beberapa jam berkongsi hantaran tersebut, Fasha masih belum menerima respons daripada pemuda itu kerana barangkali dia tidak mempunyai media sosial.

“Di manalah adik Grab VFX 8379. Mungkin dia tiada media sosial. Harap esok dapatlah kiriman mesej daripada dia.

“Hari ini (semalam), ramai cakap pasal dia yang viral. Semoga murah rezeki dia selalu,” tulisnya dalam hantaran Insta Story. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI