fbpx

Luahan Pembaca: Scan menu guna QR kod menyusahkan pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELANGGAN lebih selesa menggunakan khidmat pelayan dalam memesan makanan. – GAMBAR HIASAN

SAUDARA PENGARANG,

Penggunaan QR kod oleh peniaga adalah bagi memudahkan pelanggan memesan makanan di samping mengatasi tenaga kerja.

Bagaimanapun, perkhidmatan tersebut dilihat kurang berkesan berbanding cara sebelum ini yang menggunakan kertas dan pen.

Ini terutamanya apabila pelanggan yang kurang cekap menggunakan telefon seperti warga emas dan orang kelainan upaya (OKU).

Satu situasi yang berlaku di hadapan saya apabila sebuah keluarga besar membatalkan niat untuk menjamu selera di sebuah restoran gara-gara premis tersebut menggunakan QR kod.

Di sini kita lihat betapa masyarakat belum ‘biasa’ dengan perkhidmatan ini.

Sepatutnya, peniaga menyediakan opsyen kepada pengguna sama ada menggunakan khidmat pelayan untuk
mengambil pesanan atau menggunakan QR kod.

Tak guna restoran nampak ‘grand’ dan canggih, tetapi pelanggan lari ke gerai kaki lima yang lebih mesra pelanggan.

Tok Anjang,
Sungai Buloh, Selangor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI