fbpx

Kawal pelajar hingga hari terakhir SPM elak vandalisme di sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zin (dua dari kanan) bergambar bersama guru-guru dan calon SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lil Banat, Kota Bharu hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZZAMAN/ KOSMO!

KOTA BHARU – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan mengingatkan semua sekolah di negeri ini agar mempertingkatkan kawalan terhadap pelajar-pelajar sehingga hari terakhir Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 pada 15 Mac depan.

Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah JPN Kelantan, Mohd. Zin Halim berkata, kawalan berkenaan dibuat bagi mengelak berlakunya sebarang salah laku termasuk kegiatan vandalisme dan gangsterisme membabitkan pelajar sekolah.

Menurutnya, pihak pentadbir sekolah di semua peringkat sering diingatkan untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi membendung dan mencegah perlakuan sedemikian.

“Kita sudah memberi peringatan kepada semua sekolah untuk melantik guru bertugas bagi mengawal keadaan di sekolah bagi mengelak daripada berlakunya kejadian tidak diingini seperti merosakkan harta benda sekolah sekali gus mencemarkan nama baik sekolah,” katanya pada sidang akhbar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lil Banat di sini hari ini.

Terdahulu, tular dua rakaman video di media sosial memaparkan sekumpulan pelajar lelaki merosakkan harta benda sekolah yang dipercayai berlaku di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI