fbpx

Cadangan untuk meneruskan projek LCS akan dibentang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad.

PETALING JAYA – Kementerian Pertahanan telah menyelesaikan empat daripada enam syor oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung projek kapal tempur pesisir pantai (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang gagal disiapkan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, baki dua syor oleh PAC lagi sedang dalam tindakan kementerian itu.

“Terdapat tujuh syor yang terkandung dalam laporan PAC, yang mana enam syor merupakan tindakan yang perlu diambil oleh kementerian manakala satu lagi syor di bawah SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan Jabatan Perdana Menteri.

“Daripada enam syor ini, empat syor telah selesai dilaksana dan baki dua syor sedang dalam tindakan,” katanya semasa waktu pernyataan-pertanyaan bagi jawab lisan pagi ini di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian menjawab soalan-soalan lisan empat ahli Parlimen secara bersekali iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar); Komander Nordin Ahmad Ismail (PN-Lumut); Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) dan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) berhubung projek LCS.

“Disebabkan oleh PAC sedang dilantik dan Jawatankuasa Khas Parlimen akan dilantik tak lama lagi dan tidak ada semasa tiga bulan lalu, maka kita tidak buat laporan berkala kepada PAC dan Jawatankuasa Khas Parlimen.

“InsyaAllah apabila kedua-dua jawatankuasa ini ditubuhkan, laporan-laporan berkala mengenai status terkini projek LCS akan dibentang kepada PAC dan Jawatankuasa Khas Parlimen,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, berkaitan status sistem persenjataan utama bagi peluru berpandu antikapal berjalan mengikut jadual ditetapkan dan dibekalkan secara terus oleh Original Equipment Manufacturer (OEM).

“Manakala, bagi peluru berpandu antiudara, ia belum dilaksanakan dan bergantung kepada hala tuju perolehan LCS,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI