fbpx

Bajet 2023: bangunkan penyelesaian teleperubatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saify Akhtar

PETALING JAYA – Pertama Digital Berhad menyarankan supaya kerajaan melabur dalam pembangunan penyelesaian teleperubatan dalam Bajet 2023 bagi membolehkan rakyat Malaysia mengakses perkhidmatan penjagaan kesihatan dengan selesa, dari rumah mereka sendiri.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Saify Akhtar berkata, dengan menyediakan akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan dari jauh, kerajaan boleh membantu mengurangkan beban pada hospital dan klinik kerajaan.

“Usaha ini juga bakal menambah baik akses kepada penjagaan kesihatan di kawasan luar bandar dan memastikan semua rakyat Malaysia boleh mengakses penjagaan kesihatan yang berkualiti.

“Kami bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan dan pihak berkepentingan lain dalam melaksanakan inisiatif ini bagi mencipta masa depan yang lebih baik untuk semua rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Saifiy turut mencadangkan pelaksanaan dasar yang menggalakkan pengurangan kos sara hidup, seperti menyediakan insentif cukai kepada syarikat yang menawarkan produk dan perkhidmatan mampu milik.

“Kami juga mencadangkan agar kerajaan melabur dalam jaringan keselamatan sosial yang mampu melindungi rakyat Malaysia yang terdedah daripada kejutan ekonomi.

“Ini termasuk memperluaskan program kebajikan sosial, menyediakan bantuan kewangan kepada keluarga berpendapatan rendah dan menggalakkan program celik kewangan serta simpanan,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI