fbpx

Semak status cukai, elak gagal pergi cuti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) menyarankan semua pembayar supaya semak status tunggakan cukai sebelum merancang ke luar negara.

LHDN menerusi kenyataannya berkata, ia bagi memastikan tiada sekatan perjalanan memandangkan tempoh cuti sekolah yang panjang sering dimanfaatkan dengan bercuti ke luar negara.

“Semak status tunggakan cukai dan sekatan perjalanan terlebih dahulu sebelum rancang ke luar negara bagi sebarang tujuan.

“Semakan boleh dibuat melalui portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my/ manakala untuk sekatan perjalanan layari laman web Jabatan Imigresen (JIM) di https://sspi.imi.gov.my/sspi/,” katanya.

LHDN menurutnya, diberi kuasa menghalang mana-mana individu meninggalkan Malaysia jika mereka atau syarikat, mempunyai tunggakan cukai.

“Ia merujuk kepada Seksyen 104 dan 75A Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) dan Seksyen 22 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 (ACKHT 1976).

“Pemakluman tindakan tersebut akan dibuat ke alamat terakhir yang dikemas kini pembayar cukai kepada LHDN melalui data percukaian terkini direkodkan,” jelasnya.

Jika ada tunggakan cukai dan dikenakan sekatan perjalanan katanya, mereka dimohon membuat bayaran atau hubungi pejabat LHDN yang mengendalikan fail cukai mereka.

“Ia bertujuan untuk rundingan bayaran ansuran bagi membolehkan mereka teruskan perjalanan ke luar negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI