fbpx

Kerajaan bincang isu pampasan penternak babi terkesan ASF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saira Banu (berbaju ungu) memberi penerangan kepada Foong Hin (tiga dari kiri) dan Kon Yeow (dua dari kiri) ketika sesi lawatan ke pusat operasi ASF di Valdor, Nibong Tebal hari ini.

SEBERANG PERAI – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dijangka berbincang dengan Kementerian Kewangan berhubung isu pampasan kepada penternak babi susulan penularan demam babi Afrika (ASF) dalam masa terdekat.

Timbalan Menterinya, Chan Foong Hin berkata, hasil perbincangan itu kemudian akan dikeluarkan dalam bentuk kenyataan rasmi untuk diuar-uarkan kelak.

Menurut beliau, selain isu pampasan kepada penternak babi, beberapa isu lain yang berkaitan akan diputuskan dalam mesyuarat yang berikutnya.

“Ada (persoalan) yang sudah kita jawab, ada yang belum. Ini termasuk permintaan untuk memasuki fasa endemik untuk ASF di Pulau Pinang dan saya tidak perlu jawab kerana ia melibatkan pertukaran dan perubahan dasar. Lagipun, ia bukan isu yang berlaku di Pulau Pinang sahaja, tetapi isu Malaysia. Bagaimana cara kita untuk kita menangani isu perebakan ASF ini dan sebagainya.

“Jadi, saya akan merujuk hal ini dalam mesyuarat-mesyuarat yang seterusnya dan kita harap akan ada juga kata putus (mengenai perkara itu) dalam masa yang terdekat ini,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, beliau mengadakan sesi dialog bersama penduduk Kampung Selamat di Tasek Gelugor berhubung isu yang sama selain melawat Pusat Operasi ASF dekat Balai Raya Perkampungan Valdor di sini, hari ini.

Hadir sama ialah Ketua Menteri, Chow Kon Yeow serta Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri, Dr. Saira Banu Mohamed Rejab.

Dalam pada itu, Kon Yeow memberitahu, kerajaan negeri bersedia menimbang keperluan untuk menukar guna tanah yang digunakan untuk penternakan babi kepada tanah industri bergantung kepada kesesuaian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI