fbpx

EPL: Lee Mason bukan lagi pegawai VAR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MASON

LONDON – Pegawai Video Bantuan Pengadil (VAR), Lee Mason sah meninggalkan pasukan pengadil Liga Perdana Inggeris dan tidak akan lagi menjalankan tugas berkenaan.

Penyingkiran Mason daripada badan tersebut dipercayai ekoran daripada kesilapan besar yang dilakukan pengadil berusia 51 tahun itu ketika Arsenal terikat 1-1 menentang Brentford.

Mason yang bertugas sebagai pegawai VAR pada perlawanan tersebut didapati melakukan kesilapan apabila mengesahkan jaringan pe­nyamaan Ivan Toney dan terlepas untuk mengesan kedudukan Christian Noogard yang berada di posisi ofsaid.

Keputusan seri itu menimbulkan kemarahan pengendali Arsenal, Mikel Arteta apabila menyebabkan mereka kehila­ngan kedudukan pendahulu liga kepada Manchester City.

Ketua Pegawai Perlawanan Permainan Profesional Limited (PGMOL), Howard Webb turut kecewa dan marah dengan situasi berkenaan sehingga terpaksa mengadakan sidang tergempar untuk membincangkan isu berkenaan bersama semua pegawai perlawanan.

Kesilapan VAR bukan sahaja melibatkan Mason, tetapi seorang lagi pegawai iaitu John Brooks ketika aksi Brigh­ton menentang Crystal Palace yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 selepas membatalkan gol pertama skuad kendalian Roberto De Zerbi.

Gol jaringan Pervis Estupinan dibatalkan oleh Brooks, namun beliau dikesan melakukan kesilapan melihat kedudukan ofsaid pemain terakhir Palace ketika gol berkenaan sepatutnya disahkan.

Mason bertugas sebagai pengadil EPL sejak 15 tahun lalu dan sudah mengendalikan 287 perlawanan, namun mengambil keputusan bersara pada musim 2020/21 untuk menjadi pegawai VAR sepenuh masa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI