fbpx

Pos surat 100 tahun baru sampai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sepucuk surat dipos pada Februari 1916 tetapi hanya tiba di alamatnya di selatan London beberapa tahun lalu. - Finlay Glen

LONDON – Dihantar pada Februari 1916, sepucuk surat akhirnya tiba di alamat yang dimaksudkan di Hamlet Road, selatan London, hanya beberapa tahun lalu dan mengelirukan penghuninya, lapor saluran berita CNN.

“Kami perasan bahawa tahun padanya ialah ’16. Jadi kami fikir ia adalah 2016,” kata Finlay Glen memberitahu CNN. 

“Kemudian kami menyedari bahawa setem itu adalah Raja dan bukannya Ratu (Elizabeth II), jadi kami merasakan bahawa ia tidak mungkin berlaku pada 2016,” tambahnya.

Glen memberitahu CNN bahawa surat itu tiba di kediamannya beberapa tahun lalu, tetapi dia baru-baru ini membawanya kepada persatuan sejarah tempatan supaya mereka boleh menyelidiknya dengan lebih lanjut.

Sampul surat itu mempunyai setem 1 pence (RM0.05) yang tertera imej Raja George V. 

Surat itu dihantar pada pertengahan Perang Dunia I iaitu lebih sedekad sebelum Ratu Elizabeth II dilahirkan.

“Sebaik sahaja kami menyedari ia sudah sangat tua, kami rasa tidak mengapa untuk membuka surat itu,” kata Glen, 27. 

“Insiden seperti ini berlaku sekali-sekala dan kami tidak pasti apa yang telah berlaku dalam insiden ini,” kata jurucakap Royal Mail kepada CNN dalam satu kenyataan.

Surat tersebut ditulis oleh Christabel Mennel iaitu  anak kepada peniaga teh, Henry Tuke Mennel, semasa keluarganya sedang bercuti di Bath,  barat England. 

Dalam surat itu, Mennel menulis: “Saya paling sengsara di sini dengan selesema yang sangat berat.” – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI