fbpx

Muzika Ekstravaganza suara Malaysia-Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGHIBUR dari dua buah negara bergabung di atas satu pentas yang sama diiringi seramai 32 pemuzik Orkestra RTM bawah pimpinan Luqman Aziz dan Syawal menghiburkan penonton dalam Muzika Esktravaganza. Foto - AFIQ RAZALI

TANPA sedar, penganjuran Konsert Muzika Ekstravaganza yang melibatkan kerjasama antara dua badan penyiaran iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Mediacorp Suria dari Singapura sudah memasuki tempoh sedekad.

Konsert eksklusif yang diadakan setiap dua tahun tersebut kali terakhir diadakan pada 2018 kerana kekangan pandemik Covid-19 yang menjejaskan semua industri sejak 2020.

Kembali menemui penonton pada tahun ini dengan tema Duo Hits, Muzika Ekstravaganza yang membawakan pelbagai genre muzik popular kedua-dua buah negara dan kehebatan artis disatukan di atas satu pentas yang sama.

Malam bersejarah tersebut dihadiri oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dan juga Menteri Perhubungan dan Penerangan Singapura iaitu Josephine Teo.

PENTAS Muzika Ekstravaganza dimeriahkan dengan gabungan 20 penari tempatan dari Alamak Dance Crew yang diketuai Alam Wakaka, Aliff Aircho serta penari Singapura.

Tirai pentas dibuka dengan persembahan bertenaga daripada pasangan duo Singapura iaitu Rahila Rashun dan Syakirah Noble menerusi lagu Seksis yang dipopularkan oleh Anita Sarawak.

Pentas kemudian diambil alih oleh bekas peserta program realiti Akademi Fantasia (AF) iaitu Akim Ahmad dan Haziq Rosebi menyampaikan lagu bintang legenda muzik, Allahyarham Sudirman Arshad iaitu Kul It!.

Ada yang berbeza menerusi penganjuran konsert kali ini RTM dan Media Corp mengangkat genre hip-hop menerusi persembahan Fariz Jabba, Yung Raja dan SonaOne menerusi lagu Mad Blessing, And Then, No More serta Hakeleh.

Terus menghangatkan suasana dengan persembahan terbaik, konsert diteruskan lagi dengan persembahan daripada Akim dan isterinya, Stacy dengan lagu Aku, Kau dan Muzik diikuti Haram oleh Hael Husaini bersama Syakirah Noble.

Selain itu, konsert tempoh hari turut diserikan dengan persembahan irama tradisional daripada Siti Nordiana dan Rashila Rashun menerusi Tari Tualang Tiga dan Hati Ke Hati (Siti Nordiana dan Elfee Ismail).

PERSEMBAHAN lagu irama tradisional daripada Siti Nordiana dan Elfee Ismail menerusi Hati Ke Hati.

Elfee juga turut berkongsi pentas dengan Haziq Rosebi menyampaikan lagu Zapin Bunga Hutan.

Peminat juga dihiburkan dengan gandingan Stacy dan Rashila membawakan lagu Langit Sampaikan serta Menggegar Dunia. Termasuklah nyanyian Suki Low dan Hazrul Nizam untuk lagu Kita Insan Biasa dan Dua Insan.

Pentas Muzik Esktravaganza turut menampilkan kemunculan penyanyi legenda antaranya Datuk Francisca Peter, Jatt Ali, Datuk Khadijah Ibrahim dan Datuk Ramli Sarip yang disambut dengan sorakan gemuruh seisi dewan.

Lagu hit Sekadar Di Pinggiran dan Ku Ke Udara Lagi semestinya menjadi seleksi utama untuk peminat sebelum berduet dengan Jatt Ali untuk lagu Kehebatan Cinta.

MALAM Muzika Ekstravaganza dikendalikan oleh pelakon Malaysia, Nabila Huda dan selebriti Singapura iaitu Suzairhe Sumari.

Antara lagu lain yang mendapat sambutan hangat adalah dendangan Datuk Khadijah Ibrahim, Ku Pendam Sebuah Duka dan Ku Gembira Di Sampingmu.

Lebih mengujakan apabila Khadijah bergandingan Datuk Ramli Sarip mengimbau memori menerusi lagu popular, Doa Buat Kekasih.

Usai persembahan istimewa tersebut, Ramli mengambil alih pentas dengan membawakan lagu Istilah Bercinta.

Malam penuh gemilang tersebut ditutup dengan persembahan Hael menerusi lagu Kelentang Kelentung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI