fbpx

Amaran ribut petir, hujan lebat di 9 negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di sembilan negeri malam ini.

MetMalaysia melalui kenyataan di laman sesawangnya memaklumkan, ia melibatkan negeri Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Sarawak dan WP Labuan.

“Di Perak melibatkan daerah Kinta, Kampar dan Batang Padang, Kelantan di (Jeli dan Kuala Krai), Terengganu (Besut dan Hulu Terengganu) dan Pahang di satu daerah iaitu Bentong.

“Manakala di Selangor daerah dijangka berlaku di Hulu Langat, seluruh WP Kuala Lumpur • Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Kuala Pilah) , Sarawak di Miri (Miri dan Marudi), Sabah pula melibatkan Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) dan seluruh WP Labuan,” kata kenyataan itu malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI