fbpx

Penduduk tanam pokok di jalan berlubang elak kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jalan raya tersebut kelihatan mempunyai beberapa batang pokok yang diletakkan untuk menutup bahagian jalan yang berlubang. - Cebu Flash Report

BANDAR RAYA CEBU – Penduduk sekitar sebuah pekan di Cebu, Filipina bertindak menanam pokok di tengah sebatang jalan raya yang berlubang kerana tidak tahan dengan keadaan laluan tersebut, lapor portal berita Coconuts kelmarin.

Berdasarkan beberapa gambar yang tular di media sosial, jalan raya di Oslob itu kelihatan mempunyai beberapa batang pokok yang diletakkan untuk menutup bahagian yang berlubang.

“Tanam pokok di Oslob,” demikian menurut keterangan pada Facebook Cebu Flash Report.

Hantaran tersebut menjadi perhatian ramai dengan netizen menyifatkannya sebagai sesuatu yang lucu.

“Ia dapat membantu mengelakkan kemalangan jalan raya,” kata seorang netizen.

“Bayangkan bagaimana Cebu menjadi bandar raya hijau jika mereka menanam pokok di semua jalan berlubang,” kata seorang pengguna lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI