fbpx

Tikam lelaki di hospital, polis buka kertas siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Polis telah membuka kertas siasatan berkaitan kes seorang pesakit mental menikam seorang lelaki tempatan di Jabatan Kecemasan, Hospital Selayang, semalam.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, laporan daripada saksi mendakwa suspek berusia 22 tahun telah menikam di bahagian pinggang mangsa dengan menggunakan pisau dalam kejadian pukul 3.45 petang itu.

“Akibat daripada serangan tersebut mangsa berusia 29 tahun itu mengalami kecederaan pada abdomen kiri dan kanan badan serta pada bahagian belakang badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Sasikala, keadaan mangsa kini stabil setelah menjalani pembedahan.

“Punca suspek menyerang mangsa masih tidak diketahui,” ujarnya.

Beliau berkata, suspek telah diberi rawatan dan ditempatkan di Wad Psikiatri Hospital Selayang.

“Kertas siasatan dibuka dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI