fbpx

Richiamo Coffee tawar naik taraf susu oat percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Promosi naik taraf percuma memberikan peluang terbaik bagi pelanggan Richiamo Coffee untuk mencuba pilihan susu oat baru dan mengalami sendiri perbezaannya.

KUALA LUMPUR – Richiamo Coffee Sdn. Bhd., pemilik rangkaian Richiamo Coffee di seluruh negara hari ini menjalinkan kerjasama baharu dengan peneraju syarikat susu oat, Oatside yang membolehkan pelanggan Richiamo Coffee menaik taraf minuman mereka daripada menggunakan susu segar kepada susu oat secara percuma.

Tawaran berkenaan bermula dari 15 Februari sehingga 15 Mac 2023 di semua cawangan Richiamo Coffee di seluruh negara.

Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo Coffee, Muhamad Zamry Abu Samah berkata, kerjasama terbaharu itu memberikan lebih pilihan kepada peminat kopi tempatan, susulan kerjasama Richiamo Coffee dengan Kellog’s beberapa bulan lalu.

“Para penggemar kopi boleh merasai dan menikmati kopi premium kami dengan susu oat mulai hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Muhamad Zamry berkata, kerjasama berkenaan turut menyasarkan untuk menyediakan menu kesihatan dan mampan.

Jelasnya, penggunaan susu oat merupakan alternatif berasaskan tumbuhan berbanding susu tenusu tradisional dan menjadi semakin popular di kalangan pengguna yang mementingkan kesihatan selain ia bebas laktosa.

Selain itu, susu oat juga mengandungi beta glucan yang baik untuk kesihatan jantung, berkrim dan mampu menghasilkan buih yang cantik untuk minuman.

“Susu oat mempunyai tekstur berkrim dan kemanisan halus yang dipadankan dengan sempurna dengan kopi kami. Kami yakin bahawa pelanggan kami akan menyukai pilihan ini, ” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI