fbpx

Isteri minta cerai, saman suami kerana bolot wang loteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zhou menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan isterinya selama dua tahun. – Agensi

BEIJING – Seorang lelaki di China yang menyembunyikan kemenangan loteri berjumlah 10 juta yuan (RM6.3 juta) daripada pengetahuan bekas isterinya diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar pampasan kepada wanita berkenaan, lapor laman berita Oddity Central.

Pada 2021, lelaki bernama Zhou itu memenangi loteri sebanyak 10 juta yuan (RM6.3 juta). Selepas membayar cukai, dia memiliki baki wang sebanyak 8.43 juta yuan (RM5.3 juta).

Pada hari di mana wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya, Zhou memindahkan wang berjumlah 2 juta yuan (RM1.2 juta) kepada saudara perempuannya selain 700,000 yuan (RM446,538) lagi untuk isterinya membeli sebuah apartmen.

Zhou bagaimanapun menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan isterinya selama dua tahun.

Tidak dijelaskan bagaimana isteri Zhou mendapat tahu mengenai perkara itu. Namun, sebaik sahaja dia mengetahui rahsia tersebut, wanita berkenaan memfailkan cerai dan menyaman suaminya kerana tidak berkongsi wang itu dengannya.

Memandangkan kedua-dua mereka adalah pasangan suami isteri ketika wang loteri itu dimenangi, ia dianggap sebagai harta sepencarian.

Namun, disebabkan Zhou menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan isterinya, wanita berkenaan menuntut dua pertiga daripada 2.7 juta yuan (RM1.7 juta) yang diberikan kepada saudara perempuannya.

Pada 1 Februari lalu, sebuah mahkamah di Wenzhou bersetuju dengan permintaan wanita tersebut untuk menuntut 60 peratus daripada wang kemenangan loteri itu.

Kisah tersebut menjadi tular di media sosial China dengan sebahagian besar orang menyalahkan Zhou kerana menipu isterinya dalam hal berkaitan harta sepencarian dalam tempoh yang lama. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI