fbpx

7 bot nelayan Vietnam dilupuskan jadi tukun tiruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot-bot nelayan warga Vietnam yang dilupuskan di perairan Kuala Besar, Kota Bharu semalam.

PASIR PUTEH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menenggelamkan sebanyak tujuh buah bot nelayan asing warga Vietnam yang dilucut hak oleh mahkamah untuk dijadikan tukun tiruan di lokasi 9.8 kilometer dari Kuala Besar dekat Kota Bharu, semalam.

Pengarah APMM Kelantan, Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata, kesemua bot itu ditahan semasa Op Naga Barat, Op Kuda Laut dan Op Damai kira-kira dua tahun lalu.

Menurutnya, seramai 58 awak-awak termasuk tekong warga Vietnam, 1,700 kilogram (kg) ikan pelbagai jenis, 1,300 kg ikan baja, kg gamat, 150 kg sotong kering, 27,800 liter diesel, peralatan navigasi dan alat menangkap ikan yang dianggarkan bernilai RM7.1 juta semasa tangkapan tujuh buah bot itu dijalankan.

“Proses penenggelaman bot mendapat kerjasama Institut Sumber Marin Asia Tenggara di bawah Jabatan Perikanan Malaysia. Kesemua bot yang ditenggelamkan telah melalui proses pemilihan yang ketat sebelum diluluskan untuk pelupusan bagi memastikan tiada sebarang pencemaran berlaku,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Menurut Syed Nor Adli, proses pelupusan bot yang dijadikan sebagai tukun tiruan dijangka dapat memberi manfaat kepada lebih 1,000 nelayan di kawasan sekitar Kuala Besar termasuk peminat perikanan rekreasi.

Katanya, APMM Kelantan telah melupuskan sebanyak 264 bot nelayan asing Vietnam melalui pelbagai kaedah pelupusan seperti penenggelaman, musnah, lelong, jual dan hadiah dengan anggaran nilai lebih RM380 juta sejak 2007. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI