fbpx

Pengguna cadang ‘Jualan Rahmah’ dalam bentuk set di pasar awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramai setuju kerajaan perkenalkan ‘Jualan Rahmah’ dalam bentuk set talam di pasar awam

PETALING JAYA – Rata-rata orang ramai mencadangkan agar kerajaan melaksanakan ‘Jualan Rahmah’ di pasar awam dengan menyediakan jualan bahan mentah dalam bentuk set termasuk mempamerkan harga secara terus kepada pelanggan.

Cadangan tersebut diutarakan orang ramai dalam ruangan komen seorang pengguna Facebook, Syuhada apabila dia memuat naik gambar set jualan yang diletakkan dalam talam mengikut menu masakan tertentu.

Menurut Syuhada, ketika berada di Pasar Besar Cheras kelmarin, dia tertarik dengan teknik jualan yang digunakan seorang peniaga apabila menyediakan bahan lengkap untuk memasak kari.

“Ada dua pilihan ‘lauk’ utama iaitu ayam dan ikan, rempah kari, cili kering, bawah besar semuanya lengkap dalam satu set talam.

“Rasanya cara berniaga macam ini lebih mudah, bantu pembeli dapatkan bahan memasak dengan mudah, tak perlu masuk banyak kedai,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, perkongsian wanita tersebut turut mendapat reaksi daripada pengguna yang lain, malah ramai bersetuju jika kaedah jualan seperti itu diamalkan peniaga pasar.

“Saya cadang, ramaikan lagi peniaga guna kaedah jualan seperti ini, mudah untuk pembeli. Rasanya ‘Jualan Rahmah’ kerajaan pun boleh buat macam ini untuk bantu rakyat,” cadang Azrul.

“Seronoknya kalau pergi pasar peniaga sedia macam ini, bantu bagi idea nak masak apa juga, lengkap bahan dalam set talam, setuju la cara ini perlu diperbanyakkan,” kata Nurul Amalina. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI