fbpx

Lelaki tawar khidmat kekasih upahan elak wanita sepi murung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shakul mula menawarkan perkhidmatan itu kepada golongan wanita kira-kira lima tahun lalu. - Instagram/Shakul Gupta

NEW DELHI –  Seorang lelaki dari Gurugram, India menawarkan khidmat menjadi teman lelaki sementara untuk mana-mana wanita yang enggan kesepian sepanjang minggu sambutan Hari Kekasih, lapor laman berita Times Now hari ini.

Shakul Gupta, 31, yang merupakan seorang juruteknik,  menawarkan khidmat ‘teman lelaki untuk disewa’ buat gadis bujang yang mahu berasa gembira.

Menurut lelaki berkenaan, tujuan utama dia menawarkan perkhidmatan sedemikian adalah untuk menghilangkan rasa sepi gadis yang masih bujang dan tidak mempunyai kekasih.

Tambahnya, perkhidmatan itu tidak bermotifkan komersial namun, lebih menekankan aspek fizikal.

“Saya boleh memberikan bahu untuk anda bersandar atau menjadi sahabat anda ketika Hari Kekasih tahun ini. Jika berasa malas, saya boleh memasak apa sahaja yang anda mahukan dan anda hanya perlu berehat,” katanya dalam keterangan hantaran yang dimuat naik di media sosial.

Shakul berkata, dia mula menawarkan perkhidmatan itu kepada golongan wanita kira-kira lima tahun lalu dan telah menghadiri lebih 50 temu janji.

Dia juga mengakui berasa gembira menghabiskan masa bersama pelanggannya.

Perkhidmatan yang ditawarkan lelaki itu adalah percuma kerana menurutnya, dia hanya meminta senyuman daripada wanita-wanita yang keluar bersamanya. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI