fbpx

Esok secara rasmi saya sertai ‘parti’ Hot FM – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video Khairy semasa menyampaikan pengumuman menyertai Hot FM, hari ini.

PETALING JAYA – Bekas Menteri Kesihatan, Khary Jamaluddin Abu Bakar secara rasminya hari ini mengumumkan penyertaan beliau dalam stesen radio, Hot FM.

Menerusi satu klip video di laman Facebook, Khairy Jamaluddin berkata, esok 15 Februari adalah hari pertama beliau bergelar penyampai di radio tersebut.

“Ada pengumuman penting yang akan saya buat hari ini, iaitu pengumuman bersejarah yang akan menjawab persoalan-persoalan ditanya terhadap saya semenjak saya dipecat daripada UMNO.

“Jadi dengan ini saya mengumumkan bahawa mulai hari esok secara rasminya yang akan menyertai pertubuhan politik ‘parti’ Hot FM,” katanya.

Jelas Khairy, beliau turut meminta semua peminat berkongsi topik yang hangat untuk dibincangkan semasa beliau menjadi penyampai esok pagi bersama rakan-rakan di konti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI