fbpx

Tentera Darat jangka tambah anggota ke Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAMROSE Mohd. Zain ketika sidang akhbar pada Majlis Pelancaran Sambutan Hari Tentera Darat Ke- 90 di Pusasda, Port Dickson hari ini.-Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN/KOSMO!

PORT DICKSON – Tentera Darat dijangka akan menambah anggota dan pegawainya bagi menyertai misi bantuan kemanusiaan mangsa gempa bumi di Turkiye.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain berkata, setiap anggota sentiasa bersedia sekiranya diperlukan untuk misi yang dijangkakan selama enam minggu.

“Saya menjangkakan kemungkinan akan menghantar lagi (anggota) dan kami sudah bersedia. Ketika ini, terdapat seramai 110 anggota tentera dan mereka terlatih.

“Mereka akan melaksanakan misi yang di jangkakan selama enam minggu namun akan dilanjutkan sekiranya perlu,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Sambutan Hari Tentera Darat Ke- 90 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini hari ini.

Zamrose dalam pada itu berkata, Angkatan Tentera Malaysia juga dijangka membina sebuah lagi Hospital Medan Malaysia (HMM) di Turkiye namun dengan skala lebih kecil.

“Kumpulan tinjau akan bergerak dalam masa terdekat bagi mengenal pasti lokasi bagi membina hospital itu. Bagaimanapun, hospital ini dijangka lebih kecil dan tidak mempunyai dewan bedah seperti di Adiyaman.

“Kemungkinan mewujudkan sebuah lagi (hospital medan) dan akan menerima arahan selanjutnya daripada semasa ke semasa,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI