fbpx

EPL: Leicester lakar kejutan menakjubkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEICESTER mencipta kejutan apabila meraih kemenangan dengan jumlah gol yang agak besar ketika berdepan Spurs kelmarin. – AFP

LEICESTER – Biarpun berdepan situasi yang agak sukar musim ini dan bergelut untuk menjauhkan diri dari zon penyingkiran, Leicester City berjaya membuktikan kemampuan mereka apabila membenam Tottenham Hotspur 4-1 di laman sendiri kelmarin.

Biarpun dikejutkan dengan gol pendahuluan pasukan pelawat menerusi Rodrigo Bentancur, Leicester berjaya bangkir mendapatkan empat gol menerusi Papy Mendy, James Maddison, Kalechi Iheancaho dan Hervey Barnes untuk meraih kemena­ngan tersebut.

Kemenangan itu nyata melegakan pengurus mereka, Brendan Rodgers yang menikmati kemenangan ketiga berturut-turut setakat ini untuk membolehkan mereka melonjak ke kedudukan ke-13 Liga Perdana Inggeris.

“Para pemain sangat menakjubkan. Mereka berani memberikan tekanan kepada pasukan yang memiliki kualiti yang luar biasa. Kami berjaya menjaringkan empat gol yang sangat hebat kali ini.

“Kami tidak bernasib baik untuk mendahului perlawanan, namun respons yang diberikan selepas ketinggalan adalah begitu baik, kami kekal tenang dan bermain dengan cara kami sendiri.

“Selepas kami memperoleh gol penyamaan, para pemain mula memberikan mereka tekanan dan memperoleh empat gol. Ia adalah hari yang menggembirakan buat kami dan seluruh peminat untuk menikmati kemenangan istimewa ini,” kata Rodgers.

Perlawanan itu menyaksikan Maddison menggalas tugas sebagai kapten pasukan selepas ketiadaan Jonny Evans dan Youri Tielemans yang mengalami kecederaan, selain Leicester juga kembali mendapatkan khidmat Ricardo Pereira yang pulih daripada kecederaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI