fbpx

Babi hutan serang pelancong leka bermain papan luncur salji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Babi hutan itu menuruni cerun dan menyerang pemain papan salji. - Instagram

TOKYO – Seekor babi hutan dirakam menuruni kawasan cerun di sebuah pusat peranginan di Jepun sebelum merempuh dua pemain papan luncur salji dan melarikan diri.

Kejadian itu berlaku di Pusat Peranginan Salji Alpen Blick di Bandar Myoko. 

Berdasarkan rakaman tersebut, seorang pemain dilihat berhenti di bahagian bawah cerun.

Beberapa minit kemudian, seekor babi hutan kelihatan berlari dan merempuh mangsa.

Mangsa kemudian terjatuh ke tanah dan terus menendang babi itu. Dia menggunakan papan luncur salji untuk melindungi diri ketika orang ramai yang menyaksikan kejadian itu terkejut dan melarikan diri.

Dalam rakaman lain, haiwan liar itu dilihat merempuh pemain kedua sebelum melarikan diri apabila siren dibunyikan oleh kakitangan.

Tidak jelas dari mana datangnya babi hutan itu dan ke mana ia pergi.

Pengurus resort, Hazawa Kazuhiko berkata, dia tidak pernah melihat perkara itu berlaku sebelum ini.

Tambah beliau, pusat peranginan itu akan meningkatkan rondaan dan mengambil langkah berjaga-jaga lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI