fbpx

Angka korban gempa Turkiye, Syria, lepasi 28,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki berjalan di tengah-tengah sisa runtuhan bangunan di Kahramanmaras, Turkiye, 7 Februari lalu. – AFP

ANKARA – Anggota penyelamat menarik keluar seorang bayi berusia tujuh bulan dan seorang remaja perempuan dari bawah runtuhan bangunan di Turkiye hari ini, hampir seminggu selepas gempa bumi kuat melanda negara itu dan jirannya, Syria, yang telah meragut lebih 28,000 nyawa.

Puluhan ribu anggota penyelamat menjelajah di segenap kawasan kejiranan yang rata ketika cuaca sejuk menambah kesengsaraan berjuta-juta mangsa yang kini amat memerlukan bantuan.

Kebimbangan mengenai faktor keselamatan telah menyebabkan beberapa operasi menyelamat dihentikan seketika selain berpuluh-puluh orang ditahan kerana merompak dan cuba menipu mangsa gempa bumi di Turkiye, demikian menurut media tempatan.

Di selatan Turkiye, banyak keluarga masih belum berputus asa mencari anggota keluarga lain yang masih hilang.

“Kami mendengar bahawa pihak berkuasa tidak lagi akan membiarkan jenazah terbiar untuk dituntut ahli keluarga selepas beberapa tempoh masa. Mereka akan terus mengebumikan jenazah,” kata seorang penduduk di Kahramanmaras, Tuba Yolcu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa sekurang-kurangnya 870,000 orang memerlukan bantuan makanan segar di Turkiye dan Syria.

Di Syria sahaja, sehingga 5.3 juta penduduk kehilangan tempat tempat tinggal.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, hampir 26 juta orang terjejas akibat gempa bumit tersebut ketika ia melancarkan tabung derma kilat semalam untuk mengumpul AS$42.8 juta (RM185 juta) bagi menampung keperluan kesihatan dengan kadar segera. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI