fbpx

Anggota penyelamat menangis kegembiraan lihat bayi diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yagiz Ulas ditarik dari runtuhan konkrit bersama ibunya di Turkiye. - Getty

ANKARA – Beberapa kisah luar biasa berkaitan operasi menyelamat mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria tular apabila sebilangan bayi baru lahir dikatakan antara yang ditarik keluar hidup-hidup dari timbunan konkrit, lapor akhbar The Sun semalam.

Kanak-kanak yang keliru dengan keadaan muka dipenuhi debu diselamatkan dari runtuhan bangunan selepas gempa bumi kuat melanda Isnin lalu, menyebabkan anggota penyelamat menangis kegembiraan.

Bagaimanapun, harapan kini dikatakan semakin pudar untuk ribuan mangsa lain yang masih terperangkap sehingga semalam ketika jumlah kematian akibat gempa bumi itu mencecah 28,000 orang.

Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dan enam sekeluarga adalah antara mangsa yang diselamatkan.

Bayi baru dilahirkan yang dinamakan Yagiz Ulas turut diselamatkan dari runtuhan bersama ibunya kira-kira 90 jam selepas gempa terbesar pernah direkodkan di Turkiye itu menimbus penduduk di kawasan berhampiran.

Yagiz ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat yang menangis kelegaan selepas berjaya membebaskan mangsa dari celahan kecil di antara timbunan runtuhan. 

Ketika matanya terbuka luas selepas dibaluti selimut haba berkilat, Yagiz dibawa ke pusat perubatan di wilayah Hatay.

Sementara itu, di bandar Iskenderun, jeritan ‘Allahuakbar’ kedengaran apabila Haci Murat Kilinc dan isterinya, Raziye dibawa melalui orang ramai di atas pengusung ke ambulans.

Seorang anggota penyelamat berkata, Kilinc bergurau dengan pasukannya ketika masih terperangkap di bawah runtuhan untuk meningkatkan semangat.

Selain itu, seorang suami, isteri dan empat anak mereka diselamatkan selepas 101 jam terperangkap di bawah bangunan di bandar itu. Pasukan penyelamat menggali hanya 182 meter dari pantai Laut Mediterranean selepas gempa bumi menyebabkan air laut membanjiri kawasan itu. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI