fbpx

19 PATI cuba menyusup masuk dari Thailand diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian PATI warga Myanmar yang ditahan di kawasan ladang getah dekat sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam.

BUKIT KAYU HITAM – Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menggagalkan cubaan 19 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar menyeludup masuk ke negara ini dari Thailand, di sini semalam.

Menurut kenyataan 2 Divisyen, tangkapan dilakukan di kawasan ladang getah yang merupakan sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd) kira-kira pukul 9.15 pagi.

“Bertindak atas maklumat perisikan yang diperoleh, pasukan mengesan dan seterusnya menahan tujuh individu yang cuba masuk ke negara ini secara haram di ladang getah berdekatan sempadan Malaysia-Thailand.

“Kemudia, pada pukul 10.30 pagi, satu lagi kumpulan seramai 12 orang turut ditahan tidak jauh dari lokasi pertama,” katanya.

Tambah kenyataan itu, hasil pemeriksaan mendapati kesemua 19 individu ditahan merupakan PATI warga Myanmar yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

“Mereka terdiri daripada 11 lelaki dan lapan wanita berusia antara 21 hingga 44 tahun,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI