fbpx

Pejuang sudah tersasar daripada matlamat asal penubuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Mahathir.

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan asas perjuangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sudah tersasar daripada matlamat asal penubuhannya.

Katanya, tindakan Pejuang untuk keluar daripada Gerakan Tanah Air (GTA) juga seolah-olah seperti ‘menolak’ dirinya yang juga Pengerusi Penaja GTA dan ahli Pejuang.

“Pejuang sudah tolak GTA, maknanya dia (Pejuang) tolak saya sekali la. Saya bersama GTA dan Pejuang sejak dahulu (awal penubuhan) lagi.

“Saya melihat aliran Pejuang sudah nampak lain sikit sekarang. Sebab itu saya letak jawatan dan keluar daripada Pejuang,” katanya ketika ditemui pada satu program di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Ditanya mengenai perancangan seterusnya selepas keluar daripada Pejuang, Dr. Mahathir berkata, beliau mahu mengukuhkan GTA, malah bersedia menerima sesiapa sahaja yang bersih dan mempunyai idealogi sama untuk berjuang demi bangsa, negara dan agama.

“(Gabungan lain) kalau nak bekerjasama kita terima, kita akan terima sesiapa sahaja yang bersih. Setakat ini, kita tidak menerima mana-mana permohonan daripada sesiapa lagi,” katanya.

Semalam, Setiausaha Agung Pejuang, Datuk Amiruddin Hamzah mengumumkan Dr. Mahathir bersama 12 ahli lain memutuskan untuk keluar daripada parti itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI