fbpx

Penganalisis ‘goyang kaki’ kata KJ tiada pengaruh – Wan Ahmad Fayhsal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin.

PETALING JAYA – Tidak benar dan tidak tepat bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin tidak ada pengaruh ke atas orang muda luar bandar yang menyokong Perikatan Nasional (PN).

Ketua Angkatan Anak Muda Bersatu (Armada), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal malah menyifatkan, pandangan itu dikeluarkan oleh penganalisis politik ‘goyang kaki’.

“Tidak apa, kita tunggu nanti dalam gelanggang Pilihan Raya Negeri (PRN). Rakyat tidak bodoh menilai yang mana satu intan, yang mana satu kaca biarpun JKOM berusaha keras memburukkan parti-parti PN,” katanya dalam satu hantaran di media sosial, hari ini.

Terdahulu, Wan Ahmad Fayhsal menegaskan, seseorang akan dianggap sebagai liabiliti oleh pihak yang tidak tahu menghargai bakat dah memanfaatkannya secara betul.

“One man’s trash is another man’s treasure,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI