fbpx

Pemuda UMNO minta Anwar benar pengeluaran KWSP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf Wajdi (kiri) dan Anwar (kanan) ketika menghadiri Mesyuarat Majlis Pimpinan Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia di Ibu Pejabat UMNO, malam tadi.

PETALING JAYA – Pemuda UMNO meminta kerajaan membenarkan pengeluaran wang Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) secara bersasar bagi membantu mengurangkan beban kewangan rakyat.

Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau telah menyampaikan permintaan itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam tadi.

Tegasnya, beliau akan terus mengetengahkan perkara tersebut walau ada pihak yang sinis, memerli dan mempertikaikan perjuangannya untuk pengeluaran KWSP buat kali terakhir.

“Malam tadi sempat juga disuarakan beberapa isu yang menyentuh perihal kegusaran rakyat termasuk bersangkutan dengan tanggungan beban kewangan rakyat menjelang musim persekolahan baharu.

“Namun kali ini, pandangan peribadi saya mungkin tidak perlu pengeluaran besar-besaran secara pukal (pengeluaran KWSP). Memadai kepada mereka yang benar-benar memerlukan sahaja dan bersasar.

“Perdana Menteri juga sudah mengumumkan bantuan tunai kepada rakyat untuk disalurkan sebelum penggal persekolahan baharu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Anwar menghadiri Mesyuarat Majlis Pimpinan Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia di Ibu Pejabat Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Ibu Pejabat Umno di Menara Datuk Onn di sini, malam tadi.

Asyraf Wajdi berkata, beliau dan Pemuda UMNO akan tetap menjadi jurubicara rakyat menyuarakan suara hati rakyat dari semasa ke semasa walaupun beliau bukan lagi Ketua Pemuda UMNO selepas ini.

Beliau pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan UMNO akan datang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI