fbpx

Negeri Sembilan FC setuju ambil tiga pemain import

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Herold Goulon diasak tiga pemain Terengganu FC, ketika beraksi pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban, musim lepas. Foto oleh MOHD SHAHJEHAN MAAMIN / KOSMO!

SEREMBAN – Pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) telah membuat keputusan untuk mengambil tiga pemain import dalam menghadapi saingan liga yang berlangsung pada 26 Februari ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Satwant Singh, pihak kelab sedar akan pentingnya pemain import dalam sesebuah pasukan.

“Pemain-pemain tersebut ialah Mark Herold Goulon, yang merupakan tonggak pertahanan Negeri Sembilan FC, berasal dari Perancis dan telah menjaringkan enam gol dalam saingan liga musim lepas,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Tambahnya, seorang lagi pemain ialah, Ezechiel Ndouasel yang merupakan pemain kebangsaan Republik Chad dan pernah beraksi sebagai penyerang ketika bermain di Liga Indonesia pada musim lepas.

“Pemain import ketiga masih dalam perbincangan untuk menyertai pasukan akan beraksi di posisi tengah.

Sementara itu, jelasnya, pihak kelab juga bersetuju untuk meminjamkan penjaga gol, Mohamad Kaharuddin Abdul Rahman ke Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains FC) bagi membantu pasukan barunya di kancah Liga M3. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI