fbpx

Ingatkan rumah mewah, rupanya kandang lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lembu-lembu itu sering digunakan dalam pertandingan lumba lembu. - TikTok/@leonardyoriko

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan sebuah rumah yang kelihatan mewah jika dilihat dari luar, namun ia sebenarnya sebuah kandang lembu, lapor program berita Liputan6 semalam.

Rumah terletak di Madura, wilayah Jawa Timur itu menempatkan lima ekor lembu yang digunakan dalam pertandingan lumba lembu.

Berdasarkan klip video yang dikongsikan di laman TikTok, seorang lelaki menunjukkan keadaan rumah tersebut yang kelihatan mewah di bahagian luar.

“Ketika berkunjung ke Madura, saya berhenti seketika dan kagum melihatkan rumah gah dan begitu mewah sekali. Belum selesai berasa kagum, kediaman itu rupa-rupanya menempatkan beberapa ekor lembu,” kata lelaki berkenaan.

Tambah lelaki tersebut, lembu-lembu dibela itu berharga hingga berbilion-bilion rupiah.

“Ada lembu itu pernah menjadi juara beberapa kali sehingga memberi pemiliknya peluang mendapat hadiah kereta,” kata lelaki berkenaan.

Menurutnya, penduduk Madura memiliki rumah yang mewah namun, bukan untuk dijadikan tempat tinggal sebaliknya, dijadikan kandang lembu.

“Jadi, jangan bangga menjadi orang kaya. Orang Madura lebih gila kerana rumah mewah dibina untuk lembu,” katanya.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Ya, wajarlah membina rumah untuk lembu kerana lembu-lembu itu dapat ‘membawa pulang’ kereta, rumah dan perbelanjaan percutian. Madura amat hebat,” kata seorang netizen.

“Lembu bukan sebarang lembu,” kata seorang pengguna lain. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI