fbpx

Industri pelancongan P. Pinang meningkat 8,445 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Soon Hin (tengah) ketika sidang akhbar di Hotel George, George Town, hari ini.

GEORGE TOWN – Industri pelancongan di Pulau Pinang berkembang dengan pantas selepas pandemik Covid-19 dengan ketibaan pelancong antarabangsa meningkat daripada 7,367orang pada 2021 kepada 629,476 orang pada 2022, iaitu peningkatan sebanyak 8,445 peratus.

Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Yeoh Soon Hin berkata, peningkatan mendadak dalam penerbangan terus antarabangsa dan ketibaan pelancong adalah salah satu petunjuk penting pemulihan dalam industri pelancongan di negeri ini.

“Bilangan penerbangan terus antarabangsa telah meningkat daripada 10 penerbangan mingguan pada November 2021 kepada 184 penerbangan mingguan pada Disember 2022, menandakan peningkatan sebanyak 1,740 peratus,” katanya dalam sidang akhbar mengenai pemulihan industri pelancongan di Pulau Pinang di George Hotel di sini hari ini.

Menurut Soon Hin, jumlah pergerakan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang untuk ketibaan dan pelepasan penumpang domestik serta antarabangsa juga telah meningkat sebanyak 681 peratus berbanding tahun 2021.

“Berbanding dengan data pada 2019 (sebelum pandemik) jumlah pergerakan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada 2022 telah mencapai 4,242,997 berbanding 8,331,048 pada tahun 2019.

“Jumlah ini menunjukkan kadar pemulihan adalah kukuh iaitu pada kadar 50.93 peratus dengan sempadan dibuka hanya sembilan bulan dalam tahun 2022,” katanya.

Beliau memberitahu, kekerapan penerbangan juga menunjukkan kadar pemulihan yang positif di mana Pulau Pinang mengalu-alukan sejumlah 184 penerbangan antarabangsa pada Disember 2022 berbanding 286 penerbangan antarabangsa pada Julai 2019 dan ia menjana kadar pemulihan 64.34 peratus.

Dalam pada itu, Soon Hin berkata, pihaknya yakin aura positif pemulihan dalam sektor pelancongan itu akan berterusan selepas China membuka semula sempadan antarabangsanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI