fbpx

Anwar kembali ke Ibu Pejabat UMNO selepas 25 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika tiba di Ibu Pejabat UMNO malam ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato’ Onn sekitar pukul 7.42 malam tadi.

Kehadiran beliau turut menjadi sebutan ramai apabila dikatakan kembali menjejak kaki di bangunan tersebut selepas 25 tahun.

Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) hadir bagi mempengerusikan mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang dijangka bermula pukul 8.30 malam ini.

Selain Anwar, mesyuarat itu juga turut disertai oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta pemimpin-pemimpin kanan Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Dap, Amanah dan Parti Warisan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI