fbpx

Jangan guna alasan agama, kaum untuk tutup rasuah – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Pimpinan Keadilan, di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, hari ini. - Foto SHIDDIEQIIN ZON

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar semua pemimpin parti politik supaya tidak menggunakan alasan agama dan kaum untuk mempertikai alasan membanteras rasuah.

Ini kerana kata beliau, alasan tersebut telah digunakan oleh sesetengah parti politik untuk mempertahankan kegiatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Apatah lagi agama Islam yang tegas menolak penyalahgunaan kuasa dan fasad dalam sistem yang mempunyai rasuah yang bermaharaja lela di negara kita.

“Ini gesaan saya dan ini memerlukan kerjasama semua pihak, beri peluang kepada badan-badan penguatkuasaan bertindak dengan tegas. Kalau bersih tiada rasuah jangan takut,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat PKR di sini sebentar tadi.

Sementara itu, mengulas mengenai pembekuan akaun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) beliau berkata, perkara tersebut bukan benda baharu dan UMNO telah lalui sebelum ini.

“Soal pembekuan akaun parti politik bukan benda baharu, semasa akaun parti UMNO dibeku Tan Sri Muhyiddin memberi sokongan yang kuat mempertahankan tugas dan profesionalisme SPRM.

“Sekarang pembekuan itu dilakukan terhadap akaun Bersatu, kerana jumlahlah adalah besar dan dikaitkan juga dengan beberapa keputusan kerajaan di bawah pimpinan beliau (Muhyiddin).

Sepatutnya kata beliau, Bersatu perlu bersedia dan tidak menganggu badan penguatkuasaan sama ada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Jika ada pendakwaan, biar badan kehakiman bertindak bebas,” tegasnya.

Terdahulu, Bersatu telah menghantar surat kepada SPRM bagi membatalkan pembekuan akuan parti itu.

Menurut Muhyiddin, pembatalan pembekuan akaun parti penting walaupun dinyatakan akaun dibekukan untuk tempoh tiga bulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI