fbpx

25 kedai makan di Melaka bersetuju tawar Menu Rahmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Restoran Asam Pedas Selera Kampung menjadi restoran pertama di Melaka menawarkan Menu Rahmah berkonsep asam pedas di Bandar Hilir, Melaka. Pix/SYAFEEQ AHMAD

MELAKA – Sebanyak 25 buah restoran dan gerai makanan di negeri ini bersetuju untuk menawarkan Menu Rahmah diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Pengarah KPDN negeri, Norena Jaafar berkata, pihaknya sedang membantu memberi penerangan mengenai program itu kepada persatuan-persatuan peniaga dan jumlah penyertaan dijangka terus meningkat.

Katanya, ia susulan pihaknya mengesan wujud kekeliruan dalam kalangan peniaga mengenai cara pelaksanaan Menu Rahmah yang berkonsepkan sukarelawan dan mengikut kemampuan masing-masing.

“Setakat ini 25 peniaga makanan bersetuju, namun kita menyasarkan untuk satu-satu kawasan penempatan itu mempunyai sekurang-kurangnya sebuah kedai makanan menawarkan Menu Rahmah, kita dalam proses ke arah itu.

“Kita sedang berurusan dengan persatuan-persatuan peniaga, setakat ini ramai yang berminat namun keliru dengan pelaksanaan termasuk tanggapan menu ini perlu diadakan setiap hari tetapi sebenarnya ia bergantung kepada kemampuan mereka,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengunjungi Restoran Asam Pedas Selera Kampung di Banda Hilir di sini yang menjadi restoran pertama menawarkan Menu Rahmah.

Sementara itu, pemilik restoran Asam Pedas Selera Kampung, Saharudin Mohd. Nor, 56, berkata, dia berbesar hati untuk menyahut inisiatif tersebut meskipun berdepan cabaran dalam menyediakan menu lengkap protein dan fiber pada harga cuma RM5.

“Mencabar juga untuk menyediakan sepinggan nasi dan air pada harga RM5, tetapi ia bukanlah mustahil, saya yakin peniaga lain juga mampu membuatnya tanpa menanggung sebarang kerugian, cuma tiada untung.

“Saya anggap ini adalah kebajikan kepada masyarakat, walaupun murah namun kualiti hidangan adalah setanding menu biasa, cuma kita sesuaikan saiz hidangan sahaja dengan harga RM5 itu,” katanya.

Ujarnya, restoran itu menawarkan tiga jenis set asam pedas Menu Rahmah iaitu asam pedas ikan, ayam dan daging tetel yang setiapnya dilengkapi sayur kubis serta telur masin.

Tambahnya, menu itu akan ditawarkan kepada 100 pelanggan pertama pada hari Isnin dan Khamis. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI