fbpx

1,310 mangsa dipindahkan di Kuantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk memindahkan lembu selepas air mula naik di kawasan rumah mereka di Kampung Sri Damai, Kuantan hari ini.

KUANTAN – Gelombang baharu banjir bermula di negeri ini apabila seramai 1,310 orang mangsa di daerah ini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) bermula hari ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Pahang, Che Adam A. Rahman berkata, kesemua mangsa daripada 342 keluarga itu ditempatkan di enam PPS yang mula dibuka hari ini.

“Seramai 560 mangsa daripada 140 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Dato’ Manan, PPS Dewan Orang Ramai Sri Damai (57 mangsa), PPS Dewan Orang Ramai Jaya Gading (30 mangsa), PPS Dewan Orang Ramai Sri Mahkota (143 mangsa), PPS Dewan Orang Ramai Taman Tas (220 mangsa) dan PPS Wisma Belia seramai 300 mangsa.

“Pihak APM masih terus melakukan pemantauan dan bersedia memindahkan mangsa yang terjejas akibat banjir,” katanya di sini hari ini.

Menurutya, pada masa ini tiga sungai berada pada paras bahaya iaitu Sungai Lembing, Sungai Kuantan dan Sungai Belat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI